Prolog

Cuti musim panas. Cuti yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Cuti selama tiga bulan dan hanya berseronok bersama kawan mahupun keluarga. Kebanyakkan remaja lebih suka bersuka-ria bersama rakan-rakan mereka berbanding keluarga. Tetapi kadang-kadang tu disebabkan keluarga mereka terlampau sibuk sehinggakan tiada masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
Keseronokan bermain di tepi pantai sambil makan buah-buahan sudah mula bermain di fikiran setiap pelajar apabila hampir tiba musim panas.. Ah! Tapi ape yang tak bestnye banyak homework yang kena disiapkan.
"Yosh! Finally habis pun exam kite. Bolehlah kite enjoy!" Luahku sebaik loceng tamat sekolah berbunyi.
"Yay! Tak sabarnya nak pergi vacation sekolah tu. Cepatlah minggu depan." Jiyeon meluahkan rasa tak sabarnya pula. Memang setiap tahun kitaorang berlima akan pergi bercuti bersama. Sama ada under sekolah mahupun antara kami sahaja.
"Betul tu. Aku rasa nak pergi vacation tu sekarang je." Kata Nana pula sedikit menjerit sambil menggeliat. Tergelak aku dengan gelagat kawan-kawan aku. Ye pun excited, janganlah sampai menjerit.
"Sabarlah korang. Yang penting kite kena siapkan semua homework kite dalam masa seminggu dulu. Lepas tu baru kite boleh enjoy puas-puas." Nana dan Jiyeon hanya mengangguk. Ada juga keluhan kedengaran bila aku sebut perkataan ‘homework’ tadi. Itu memang perkataan yang sangat membingitkan telinga.
"Haahlah. Takdelah time kite tengah seronok-seronok tu nanti terpikir pasal homework tak siap lagi tu, kan?" Nana mengiakan.
"Girls, jom balik." Ajak JB yang tiba-tiba muncul bersama Seo Joon. Senyum je diaorang berdua tu. Kitaorang terus mengemas barang-barang lalu menghampiri mereka berdua.
"Kahja." Sahut kami bertiga.
"Korang join kan vacation sekolah nanti?" Tanya Seo Joon.
"Of courselah. Kite kan sentiasa bersama. Bila sorang join, semua kena join. Betul tak?" Semangat betul si Nana and Ji Yeon nilah. Aku, JB dan Seo Joon hanya ketawa.
"Aku dengar Tae Hyung dengan Hyuna join gak tau vacation kali ni." Terkejut semua dengar berita dari JB tu. Setahu kitaoranglah, si kembar dua orang tu tak pernah nak join pape pun aktiviti sekolah. Yelah. Si Tae Hyung tu datang sekolah pon jarang, mana nak terlibat aktiviti-aktiviti macam ni. Si kembar dia, Hyuna tu pon sama je. Asyik pikir pasal populariti je. Tak nak tangan kotorlah, apelah. Macam-macam.
"Mana kau tau, JB?" Tanya Ji Yeon tak percaya. "Aku kan rapat dengan Miss Park Bom. Miss lah yang bagitahu aku pasal benda ni. Dia pon terkejut waktu Tae Hyung bagi nama dia dengan kembar dia untuk vacation tu." Terang JB.
"Jangan diaorang buat kecoh kat situ dahlah nanti. Lagi-lagi si Hyuna tu. Sakit kakilah. Makanan tak sedaplah. Nanti tangan kasarlah. Apalah. Memang aku tumbuk muka dia tu nanti." Luah Nana tak puas hati. Tergelak kitaorang dengar Nana mengomel.
"Dahlah tu, Nana. Hope takde papelah nanti." Pujukku.
"Betul tu. Kau ni pon. Haih, nasib baik aku sayang kau tau." Nana buat-buat merajuk bila Seo Joon cakap macam tu.
"Alololo. Comel sangatlah tu buat muka macam tu?" Lagilah si Nana tu tarik muka. Seo Joon ni pun, tak pandai pujuk orang langsung. Tergelak kitaorang tengok drama Seo Joon dengan si Nana ni. Macam budak kecil je dua orang nilah.
"Oklah, korang. Jumpa lagi seminggu. Pastikan homework korang siap. Kalau tak, siaplah korang." Kataku, acah-acah ugut.
"Yelah, mak tiri." sakat JB. Geram pula aku dengan budak nilah. Humph! Kami berpisah dan mengikut laluan masing-masing. JB menghantar Ji Yeon dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Seo Joon dan Hyorin mengikut laluan yang sama kerana mereka berjiran.
                                                                                        *
"Nuna, tahun ni nuna join vacation sekolah tu nanti kan?" Tanya Bam Bam sebaik duduk di meja makan.
"Yup. Wae?" Jawabku lalu duduk di sebelahnya.
"Aniyo. Just tanya je. Tahun ni sekolah kitaorang pun buat vacation gak. Pergi Jeju Island. Bolehkan adik pergi?" Aku hanya tersenyum memandangnya. Aku mengusap lembut kepalanya.
"Pergi jelah, Sayang. Lagipun kesian adik tak buat pape kat rumah nanti."
"Jinja? Gomawo, nuna." Ucapnya, tidak percaya lalu mengucup pipiku.
"Oh, ya nuna. Tadi kat sekolah kan, ada sorang budak perempuan ni luahkan perasaan kat adik. Macam mana ek?" Wow! Maju betul adik aku ni. Baru menengah rendah dah ade peminat. Bagus, dik. Bagus.  
"Then adik jawab ape?" Makin berminat pula aku nak tahu. Maklumlah, orang takde pengalaman. Bam Bam menggelengkan kepalanya.
"Adik cakap adik tak ready lagi. Kawan je dulu bolehlah. Dia pon kate ok je." Aih, adik aku ni. Ambillah peluang tu, dik oi. Nuna yang dah nak habis sekolah  ni pun tak pernah couple lagi tau. Baik adik try je adik.
“Adik kenal tak budak perempuan tu sebelum ni?" Tanyaku lalu duduk di sebelahnya.
"Pernah nampak dia kat sekolah. Tapi tak pernah kenal dia pun." Balas adikku jujur. Aku tersenyum memandangnya.
Setahu akulah, Bam Bam ni hot gile kat sekolah. Cuma diaorang tak berani nak bercakap dengan dia sebab diaorang tahu yang Bam Bam tak berminat dengan budak perempuan.
"Kenapa adik tak accept je budak tu? Akak rasa dah tiba masanya untuk adik bercinta. Tapi ingat, jangan sampai belajar pun entah ke mana tau."  Ceh! konon je lebih aku ni. Padahal aku sendiri tak pernah lalui bende macam tu.
Sebab aku sendiri tak pernah terfikir untuk mencari teman dalam hidup aku. Bagi aku cukuplah Bam Bam jadi peneman aku.
"Arasso." Bambam mengangguk lalu memelukku.
"Ah! Nuna plak tak nak ke couple? Trylah cari someone special juga." Tersedak aku dengar soalan cepu mas adik aku tu.
"Eh? Um. Um." Hah, tau aku tergagap.
"Nuna rasa tak perlu lagi kot. Nuna nak adik jumpe orang yang betul-betul adik sayang and nuna sendiri dah boleh lepaskan adik, time tu baru nuna couple. Ok?" Balasku sambil tersenyum memandangnya. Bam Bam memandangku sayu. Aku tahu dia rasa bersalah. Aku bukan ape. Aku tak nak kalau aku dah ade boyfriend nanti, aku tak de mase untuk Bam Bam nanti.
"Gwenchana. Adik ok jelah kalau nuna dah couple nanti. Adik boleh belajar berdikari nanti. Dah 13 tahun adik asyik bergantung dengan nuna je. Ape salahnya kalau nuna cari kebahagiaan nuna pula. Lagipun selama ni nuna asyik fikir pasal adik je. Adik akan lebih happy kalau noona happy. " Luah Bam Bam.
"Adik tengok Jiyeon nuna dengan JB hyung happy je lepas diaorang tu couple. Macam tu gak Nana nuna dengan Seo Joon hyung. Adik selalu terpikir bila nuna nak happy macam diaorang?" Air mataku mengalir deras. Selama ni akau hanya fikirkan kebahagiaan Bam Bam dan kesenangan dia. Aku tak pernah terpikir yang rupanya dia cuba untuk cari kebahagiaan untuk aku juga. Bam Bam memelukku erat.
"Gomawo, Bambam-ah. Chombal gomawo." Aku membalas pelukkannya.


No comments:

Post a Comment