Bab 2

"Ok, guys. Semua ahli kumpulan kamu dah cukup, belum?" Semua ketua kumpulan terus check anak-anak buahnya bagi memastikan tiada yang masih berada di dalam bilik. Group aku nasib baiklah semua ada. Kalau tak mesti kena marah nanti.

"Ok, group mana yang tak cukup lagi, sila tunggu di sini. Yang lain boleh pergi breakfast dulu." Hek eleh. Aku ingatkan kena marah tadi. Rupanya kena tunggu sampai budak group cukup je baru boleh breakfast. Yang budak-budak ni laju je nak pergi breakfast. Tak faham aku.
 "Oh, ya." Semua berhenti bila dengar Siwon-ssi cakap macam tu.
"Makan dalam group, ya? Barulah sweet sikit." Sambung Siwon-ssi, bergurau. Ada yang mengeluh and ada yang terima je macam budak-budak group akulah. Aku dan Tae Hyung cari tempat yang strategik untuk makan. Tempat duduk kitaorang betul-betul menghadap pantai. Barulah ada selera, kan? Bijak tak kitaorang? Hehehe.
"Yosh! Jom kita makan sampai kenyang! Barulah ada tenaga nak buat aktiviti!" Kataku memberi semangat.
"Ye!" Sorak mereka serentak.
"Korang, nak tak esok kite pakai colour sama? I means esok kan jungle tracking. So, barulah nampak kita ni sepasukan. Nak tak?" Cadang Suzy.
"Ok gak. Tapi nak colour ape?" Jawab Hansol. Kitaorang masing-masing fikirkan cadangan Suzy tu.
"Korang ade colour Turquoise tak?" Tanyaku.
"Takde. Tapi kalau baju hitam, corak turquoise tu adelah." Jawab Luhan.
"Hah. Tak pun macam nilah. Tak kisahlah macam mana pun, tapi janji ada colour turqouise tu. Tak kisahlah lengan ke, corak ke, stripe ke, janji ada colour turqouise tu." Cadang Alice pula. Masing-masing memikirkan cadangan Alice pula.
"Oklah kalau macam tu." Jawabku lalu memandang seorang demi seorang ahli kumpulanku.
"Korang ok tak?" Tanyaku. Aku tak naklah nanti diaorang cakap aku ni selfish pula, kan? Tu yang kena tanya diaorang gak. Serentak diaorang tunjukkan thumbs up padaku sambil tersenyum riang.
"Tae hyung ok tak?" Tanyaku. Semua memandang Tae Hyung dengan penuh mengharap. Tae Hyung tersenyum manis padaku lalu mengangguk. Kitaorang bersorak riang. Kitaorang tahu ramai mata yang memandang ke arah kitaorang, tapi ape kitaorang kisah? Sikit pon kitaorang tak kisah.
*
"Ok, guys. Korang dah ready untuk start first aktiviti kita belum?" Tanya Siwon-ssi penuh semangat.
"Dah." Jawab semua pelajar, penuh semangat.
"Ok. Sekarang kita warm up dulu. Tak pasal-pasal ada yang cramp plak nanti. Dengan itu, kita jemput Miss Gina." Semua pelajar bersorak bila Miss Gina berdiri di hadapan kitaorang semua. Macam-macam lagu diaorang pasang sepanjang warming up. 
"Ok, guys. Sekarang korang pilih lima orang dari group korang untuk main game pertama ni. Yang selebihnya game kedua. Saya bagi masa lima minit je untuk korang discuss." Suasana menjadi riuh bila masing-masing discuss nak pilih siapa yang nak main dulu.
"Siapa yang nak main dulu? Kita buat game pertama ni 3 perempuan and 2 lelaki. Game kedua nanti 3 lelaki and 2 perempuan plak." Cadang Key.
"Ok. So, siapa yang nak main dulu?" Tanyaku.
"Siapa perempuan yang tak pandai main langsung?" Tanya Luhan. Alice dan Yoona angkat tangan.
"So, Yoona main game first." Arah Luhan.
"Alice plak main game kedua." Sambung Hansol plak.
"Aku dengan Luhan game first." Kata Hansol.
"Kalau macam tu, aku dengan Victoria main game firstlah. Kita kena ada sorang ketua dalam setiap game. So, game first, aku. And game kedua nanti Tae Hyung ketuanya." Cadangku.
"Ok."
"Chop. Nama group kita apa?" Tanya Key tiba-tiba.
"Haahlah. Macam mana kita nak cheers kalau tak de nama group, kan?" Sokong Victoria pula. Ye tak ya juga. Baguslah budak-budak group aku ni. Ada je idea bernas diaorang.
"Troublemaker. Ok tak? Sebab kita kan suka buat kecoh." Cadang Tae Hyung. Semua memandang Tae Hyung lalu tersenyum.
"Ok!!!" Sorak kitaorang penuh semangat.
"Ok, guys. Masa dah tamat. So, pemain untuk first game sila ready di gelanggang. Yang lain sila berkumpul di tepi gelanggang. jangan lupa sorak untuk group korang, ya." Arah Siwon-ssi.
"Ketua group first game sila ke depan untuk amek nombor giliran." Arah Miss Gina pula. Berdebar-debar time aku nak cabut nombor tu. Fuh! Nasib baik dapat nombor 3. Kira tengah-tengahlah. Tak awal sangat, tak lambat sangat.
"Ok, korang. Jangan fikir menang kalah time lawan nanti. Fikir je kita main untuk enjoy. Jangan stress-stress ya, korang." Kataku, memberi semangat. Perlahan-lahan kitaorang masuk ke gelanggang sambil menghembus nafas berat.
Nampaknya aku berdepan dengan group JB and Seo Joon. Tapi aku bukan jenis fikir kawan bila dah jadi lawan dalam game. So, aku akan main macam aku tak pernah kenal diaorang. Aku pun terkejut bila nampak Seo Joon dengan JB tu masuk gelanggang tadi. Tapi aku buat don't know je.
"Wah~ Permainan kita kali ni nampaknya lebih menarik sebab kedua-dua leader pasukan merupakan childhood friend." kata Siwon-ssi. Kitaorang dibelasah teruk oleh group JB. Tinggal 10 minit terakhir nilah harapan kitaorang. Aku terduduk, kepenatan. Seorang demi seorang aku pandang wajah kepenatan kawan-kawanku. Papan tanda yang menunjukkan 5-2 membuatkan aku terfikir yang aku harus buat sesuatu untuk memenangi game tu.
"Troublemaker! You can do it. Ingat, jangan pernah mengalah. Tak kira menang or kalah, kita main ni untuk enjoy je. So, don't make it trouble because we're troublemaker." Jerit Tae Hyung lalu tunjukkan thumbs up sambil tersenyum.
Aku tersenyum lalu cuba untuk berdiri kembali. Luhan dan Hansol membantuku berdiri. "Yosh! Troublemaker, let's we be the real troublemaker now!" Jeritku memberi semangat.
"Ok!!!" Balas mereka penuh semangat. Kali ni persembahan kitaorang lebih bersemangat dan taktik kitaorang pun berlainan. Tanpa disedari Seo Joon dan JB tersenyum melihat kesungguhanku ketika itu. Ini barulah Ailee yang sebenar.
"Ok. Saya bagi rehat 15 minit sebelum kita mulakan final game kita. So, saya hope pemain-pemain sila rehat secukupnya. Pilih 5 orang pemain sahaja untuk mara ke final. Yang lain tolong bagi cheers kat tepi macam group Troublemaker tadi,"
"Korang, aku dah tak laratlah  nak main lagi. Mianhaeyo." Luah Myung Soo.
"Aku pun." Key pun turut mengeluh.
"Gwenchana. So, sape yang still boleh main lagi and boleh gantikan Myung Soo dengan Key?"
"Takpelah. Aku gantikan Key. " Jawabku bila tengok takde sape yang nak gantikan diaorang berdua.
"Biar akulah yang gantikan Myung Soo." Kata Hansol, sukarela.
"Ok, so sekarang dah cukup orang, kan? Jom kita rehat dulu. " Cadangku. Kitaorang satu group bergerak ke tepi pantai untuk ambil moodlah kononnya. 
Bila permainan dimulakan, kami tunjukkan persembahan yang terbaik dari sebelumnya. Dan perlawanan kali lebih menarik dari sebelumnya kerana atlet lelaki sekolah kitaorang menjadi musuh kitaorang kali ni iaitu Choi Min Ho. 
Patutlah group diaorang boleh sebat group-group lain dengan mata 0. Semua lelaki je yang main setiap pusingan. Just game pertama tadi je yang semua perempuan. Diaorang tau group lain semua jenis yang campur, so diaorang gunakan taktik tu untuk menang.
"Ah!!!" kerangku. Buku lali aku terseliuhlah pula.
"Gwenchana?" Tanya Hansol, cemas.
"Gwenchanayo." Aku kembali berdiri. Walaupun sakit, aku still tahan sebab tak nak kawan-kawanku risau. Tak pe. Sikit je lagi masa. Bertahanlah sikit ye, wahai kaki. Aku rasa Tae Hyung tahu yang aku tengah tahan sakit. So, setiap kali bola datang kat aku, dia yang tepis and shoot balik bola tu.
"Nampaknya perlawanan kita dah semakin sengit. 10-10. Baiklah. Saya bagi awak rehat 5 minit before kita start extra time punya game. Last game ni untuk menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Awak hanya perlu dapatkan 2 lagi mata dalam masa 5 minit. Siapa yang berjaya peroleh 2 mata tersebut akan digelar pemenang. Arachi?" Terang Siwon-ssi.
"Ye." jawab pemain-pemain final game. Kitaorang bergerak keluar dari gelanggang. Terkejut aku bila Tae Hyung tiba-tiba mendukungku lalu membawaku ke khemah rawatan segera. Ramai yang bersorak sebaik Tae Hyung mendukungku. Walaupun malu, tapi aku sedikit bahagia bila diperlakukan sebegitu.
"Baboya." Terkejut aku dengar dia cakap macam tu.
"Kalau sakit tu cakaplah. Jangan paksa diri." Marahnya. Kelihatan riak risaunya terpampang di wajahnya. Bersungguh-sungguh dia mengurut buku laliku yang dah biru macam apa je tu.
"Mainhae-yo." Ucapku perlahan. Tae Hyung mengangkat mukanya lalu memandang wajahku sambil tersenyum.
"Gwenchana." Balasnya lembut lalu mengusap kepalaku.
Eh? Apasal aku berdebar sangat ni? Takkanlah aku dah falling in love dengan dia kot? Oh no no no. No and never. Tapi apa salahnya, kan? Dia baik ape. Handsome pon handsome gak. Tapi aku akan kalah betting kalau suka kat dia. Ah! Eotteoke?
"Ok. Semua peserta final, sila masuk gelanggang sekarang. Kita akan start game kita lagi 2 minit." Arah Gina-ssi.
Tae Hyung memapahku ke tepi gelanggang.
"Tae Hyung-ah." Panggilku lembut. Tae Hyung memandangku.
"Aku nak main final game ni." Sambungku.
"Tak boleh. Kaki kau sakit lagi tu." Cepat je jawab tak boleh. Aku terus tarik muka. Merajuklah kononnya tu.
"Wei, korang ni nak bercinta ke ape? Cepatlah. Game nak start dah ni." Jerit Hansol. Tae Hyung menghantar aku ke tepi gelanggang.
"Myung soo-ah. Kau ganti Ailee." Arah Tae Hyung. Sebaik je Tae Hyung berpaling dariku, aku terus capai tangan dia. Bila dia berpaling je kat aku, aku terus buat muka kesian. Kedengaran dia menghembus berat. Yup! Aku memang degil. Kalau aku tak dapat ape yang aku nak, aku akan buat sampai aku dapat benda tu.
"Arasso. Tak pelah, Myung Soo. Budak mengada ni nak main gak final game dia." Myung Soo kembali duduk di tempatnya. Tae Hyung memapahku ke gelanggang.


No comments:

Post a Comment