Bab 7

"Eh, korang tau tak hari ni kita ada pertandingan memasak?" tanya Yoona. "Eh, biar betul? Aku dahlah tak reti nak masak tau." Jujur Suzy. Victoria dengan Alice mengangguk. "Kitaorang pon tak reti. Dah tu macam mana ni?" Risau betullah diaorang ni.

"Nasib baiklah budak-budak lelaki group kite takde sekarang ni. Kalau tak diaorang mesti mengejek kite je kerje." tergelak aku dengar kata-kata si Alice ni.

Memanglah kene ejek kalau perempuan sebesar kitaorang ni still tak reti memasak. Aku memang pandai masak sebab mama selalu takde kat rumah. So, aku yang kena masak sendiri untuk aku and Bambam.Walaupun kaya macam mana sekalipun, mama memang tak pernah nak ambil chef or maid.

"Don't worrylah. Memasak ni simple je sebenarnya. Korang pernah rasa kan semua makanan? So, korang boleh agak apa yang kena ada dalam masakan korang tu. Contohnya, nasi goreng. First, mesti kena ada nasi. Yang kedua, garam, ajinamoto. Yang lain tu suka hati korang nak letak apa. Sayur, ayam or telur tu depends kat korang." terangku serba sedikit teknik memasak.

"Woi. Gosip hot apa korang ni sampai semua focus kat Ailee je ni?"sergah Hansol yang baru sahaja datang bersama-sama budak lelaki group kitaorang yang lain lalu mengambil tempat masing-masing.

"Takde apalah. Kitaorang tengah mengumpat pasal koranglah." balas Suzy selamber. Tergelak kitaorang dengar dia cakap macam tu sambil buat muka kelakar dia tu.

"Bo?" Luhan buat-buat marah konon. Tapi cutelah dia buat muka macam tu. Hahaha.

"Tak de apalah. Kitaorang dapat tau.........." belum sempat si Victoria tu habiskan ayat, Yoona terus potong. "Esok dengan ahad kite free. So, suka hati kite nak buat apa."

"Seriously?" tanya Key. "Kitaorang dengar-dengar cerita je. Tak tahulah betul ke tak." balas Alice.

Budak-budak lelaki macam biasalah merungut bila dapat tau benda tu just khabar angin je. Belum tahu kepastiannya. Hahaha.
 *
"Ok, guys. Hari ni kita akan adakan pertandingan memasak. Kamu sendiri akan memasak untuk kawan-kawan kamu sendiri. Tapi sebelum korang makan masakan kawan kamu tu, saya dan Gina-ssi yang akan rasa untuk menilai." kelam kabut semua bila dengar perkataan memasak tu. 

Budak-budak group aku lagilah, kelam kabut macam suruh pergi berperang. 

"Tapi, kamu akan memasak mengikut pasangan di mana seorang lelaki dan seorang perempuan. Masakannya terpulang kepada kamu. Tetapi kategori makanan setiap group akan diberi sekejap lagi." Sambung Siwon-ssi lagi.

"Ok. So, pilih partner korang." Arahku. "Ala. Sesama perempuan tak boleh ke?" tanya Alice, cuak. "Hish, kau ni. Dah Siwon-ssi cakap lelaki perempuan, lelaki perempuanlah. Jangan pandai-pandai nak tukar pula. Kena potong markah, siap kau." Bebel Hansol.

"Woi, woi. Agaklah nak gaduh kat sini. Yang korang ni menggelupur semacam ni dah kenapa? Tak reti masak ke?" marah Myung Soo, geram. Terdiam semua budak perempuan group aku ni. Hah, kan dah kantoi.

"Macam nilah. Korang partner dengan orang yang pandai masak. So, that's mean dalam group tu ada yang pandai and yang tak pernah memasak." cadang Tae Hyung. "Hmm. Betul tu. Kurang-kurang korang boleh belajar sikit-sikit." aku mengiakan apa yang Tae Hyung cadangkan tadi.

"Tapi, kalau semua perempuan tak reti memasak, aku nak partner dengan siapa?" semua tertumpu kat Luhan. "Sebab aku tak pandai masak." slow je dia mengaku. Aku tersenyum memandangnya. "Gwenchana. Aku reti masak. So, kau partner dengan aku jelah. Ok?" Luhan mengangguk sambil tersenyum.

"Dah. Lat Tali Tam Plom cepat."

First partner, aku dengan Luhan. Second, Suzy and Myung Soo. Third, Alice dengan Hansol. Hah. Siapa suruh selalu bergaduh. Kan dah kena masak sama-sama. Alice pula dengan Key. And last partner, Tae Hyung dengan Victoria.
*
"Pergh! Sedapnya semua makanan ni." puji Key beriya. "Hah. Kan bagus kalau macam ni. Semua makanan sedap. Daripada korang duduk sesama korang yang tak reti masak, semua makanan tak sedap plak nanti." sindir Hansol.

"So, apa yang korang belajar hari ni? Cube citer sikit." cepat-cepat aku masuk line bila nampak si Alice dengan si Hansol ni da start nak bergaduh. 

"Belajar memasak."

"Kerjasama"

"Tolong menolong."

Seorang demi seorang menyatakan pendapat mereka.

Tae Hyung bangun, meninggalkan kitaorang. Key turut bangun. Bila aku nak bangun je, Luhan tahan aku. "Thanks sebab ajar aku memasak. Lepas ni kau ajar aku lagi boleh?"

Aku memandangnya sambil tersenyum lalu mengangguk. Kenapa dengan Tae Hyung tu? Dia ada prob ke?

"Ailee suka Tae Hyung eh?" tanya Victoria. "Eh?" terkejut aku dengar soalan tu. "Kitaorang dah lama perhatikan korang berdua. Korang nampak suka sama suka." aku berpura-pura ketawa dengar kata-kata Suzy tu.

" Apa korang cakap ni? Tak mungkinlah dia suka kat aku. Dahlah. Aku gerak dulu."

"Miju suka Tae Hyung." Terhenti langkah aku dengar ayat tu. "Aku dapat tahu Miju, budak Lovelyz tu minat Tae Hyung." sambung Yoona lagi.

"Betul ke?" tanya diaorang serentak tidak percaya. Selama ni Yoona hanya berdiam diri sahaja kalau kitaorang sembang apa-apa. Ni dia pula yang bersuara.

"Aku terdengar time nak jumpa kau hari tu, yang time kau hilang dalam hutan tu. Diaorang bercerita pasal Tae Hyung tu gentlemanlah, apalah. Pastu aku terdengar yang Miju tu cakap dia akan cuba buat supaya Tae Hyung tu suka kat dia." sambung Yoona lagi.

Aku berpaling semula ke arah mereka sambil tersenyum paksa. "Gwenchana. Lagipun Miju tu kan cantik orangnya. Sesuailah dengan Tae Hyung tu. Baguslah kalau diaorang couple pon. Dia pon....."

Pang! Laju je tangan Yoona hinggap kat pipi kanan aku. "Jangan cakap macam tu sambil tahan sebaklah, budak. Kalau suka cakap cakap suka. Jangan tersenyum sambil menggigillah." tengking Yoona lalu mula beredar dari situ.

Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Yoona tu. Aku terduduk lalu menekup mukaku.

"Aku.." terhenti langkah Yoona bila dengar suara serak aku. "Aku suka... Aku suka Tae Hyung." Yoona meneruskan langkahnya sambil tersenyum. Suzy memelukku erat. Tanpa aku sedar, Ji Yeon, Hyorin, Seo Joon dan JB tersenyum mendengar pengakuanku itu.
*
"Woi." sergahku. Seo Joon memandangku sambil tersenyum lalu menanggalkan headphonenye. "Kau buat apa tu? Tulis lirik baru ke?" tanyaku sambil membaca apa yang ditulisnya.

"Yup. Kita kan ada pertandingan lepas cuti ni. So, lepas kem ni kita dah boleh practice kalau lagu dah siap." balas Seo Joon lalu menyambung menulis liriknya.

"Nak tengok jap. Macam lain je lagu dia." terus aku mengambil kertas tersebut.

"Yup. Takkan nak guna konsep yang sama je untuk semua lagu kita. Mestilah ada kelainan sikit." balas Seo Joon lalu meminum air Miloku.

"Ah~ Good good"

"Oh ya. Apa perkembangan kau dengan Tae Hyung tu? Aku tengok korang dah makin rapat." terus aku memandangnya. Tersengih-sengih Seo Joon memandangku.

Tiba-tiba handphoneku berdering. Fuh! Penyelamat betullah siapa yang call aku ni. Thank you. Thank you. Oh. Bambamlah. Bagus betullah adik aku ni. Tepat pada masanya.

"Kejap eh. Adik aku call." Aku terus bangun dan menjawab panggilan tersebut.

"Noona!" panggilnya sebaik aku menjawab panggilan.

"Wae?" tanyaku lembut seperti biasa.

"Esok adik balik Gangnam. Noona bile balik? Tak sabarlah nak jumpa noona. Rindu noona sangat-sangat."

"Jumaat depan. Noona pon rindu sangat dengan adik noona yang manja ni. Oh, ya. Duduk rumah tu nanti elok-elok. Pastikan kunci rumah dulu before keluar." pesanku.

"Ye. Noona dengan Seo Joon hyung ke tu?" Eh? Macam mana adik aku ni boleh tahu yang aku tengah lepak dengan mamat ni?

"Mesti noona pelik kan macam mana adik boleh tahu? Hahaha. Tu secret." Eh, adik aku ni. Dah pandai secret-secret dengan aku dah sekarang.

"Oklah noona. Bambam pergi dulu. Nanti Bambam call noona lagi. Bye. Sayang noona." belum sempat aku menjawab, panggilan dimatikan. Pelik betul adik aku yang sorang nilah.

"Iyah! Kau bagitahu adik aku eh yang kau tengah lepak dengan aku sekarang ni?" pelik je Seo Joon pandang aku.

"Aniya. Wae? Kau ada nampak ke aku pegang handphone dari tadi?" Ya tak ya juga. Mana ada dia pegang phone dia dari tadi.

"Gwenchana. Aku gerak dululah. Nanti dah siap lagu baru kita tu, tunjuklah kat aku. Senang aku nak reka dance lagu ni. Bye." Aku terus bangun meninggalkan Seo Joon.

No comments:

Post a Comment