Bab 9

"Huish. Asal ramai sangat orang kat pantai ni?" tanyaku, hairan. Hyuna hanya menjongkitkan bahu tanda dia juga tak tahu. "Ailee!" panggil Key sambil melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Kelihatan semua ahli group aku ada kat situ. Kecuali Tae Hyung.

"Eh, kau Hyuna, kan?" tanya Hansol. Hyuna mengangguk, malu-malu. "Wah~ First time aku tengok kau depan-depan macam ni. betullah apa yang orang cakap pasal kau. Kau ni jenis yang jaga kulit. Sebab tu kulit kau cantik je." bertambah malulah si Hyuna tu jadinya.

"Eh, Tae Hyung mana?" tanyaku sambil mencari-carinya. "Entahlah. Daripada semalam tak nampak dia. Dia balik Seoullah kot." jawab Suzy.

Tak mungkinlah dia balik Seoul. Sebab semalam aku nampak dia dengan Miju kat cafe. Dia tengah datinglah kot. Ah~ Biarlah. Orang yang baru bercinta ni jangan dikacau. So, biarkan je.

"Yang kau cari dia apasal? Rindu kat dia ke?" sakat Myung Soo. Ceh, mamat ni. Dah pandai usik aku sekarang, eh? Tengok tu, siap sep-sep lagi dengan Suzy dengan Victoria lagi tu. Memang nak kena budak ni.

"Hoi, korang. Jomlah main bola tampar." ajak Rome. Semua tertumpu ke arahnya. Keadaan mula menjadi riuh. Beberapa orang mula menghampirinya untuk menyertainya bermain bola tampar. "Jom main sekali nak tak?" ajak Luhan.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala lalu menyambut huluran tangannya. "Hish, korang ni. Nak sweet-sweet kat tempat lainlah. Geli aku tengok." kata Key sambil buat muka meluat dia tu. "Eleh, kau. Kau dengan Eunji tu sweet-sweet takpe plak. Aku tak boleh plak. Aku tumbuk karang. Baru tau." balasku sambil menunjukkan penumbukku.

Hah! Tau pun nak senyap. Balaslah. Balas!Diaorang semua ketawa tengok glagat aku dengan Key berperang mulut macam tu. Yelah. Mana taknya. Tak pernah-pernah kitaorang bergaduh, hari ni buat record plak. Hish! Mamat ni.

Terus aku tukar topik. Malas nak layan si Key ni lagi. Lagi dilayan kejap lagi, lagi besar perang ni nanti."Hyuna tak nak main sekali ke? Jomlah." seperti yang dijangka, Hyuna menggelengkan kepalanya.

"Aniya. Aku duduk kat sini je. Lagipun panaslah." balasnya. Kelihatan budak-budak group aku buat muka meluat diaorang tu. "Ok. Aku pergi dulu korang."

"Fighting!" jerit diaorang serentak. Aku dan Luhan terus ke arah peserta-peserta berkumpul.

"Ok. Ni je yang nak main ke?" tanya Rome. "Hmmm.Bolehlah tu. Ok. Korang boleh pilih pasukan korang sendiri. Satu group, macam biasa mesti ada lima orang." terang Ray pula.

*
"Tae Hyung-ah." panggil Miju, manja. Tae Hyung memandang ke belakang. "Kita ni couple ke tak sebenarnya? Biasanya couple akan jalan sama-sama sambil pegang tangan. Ni Tae Hyung jalan depan, Miju jalan kat belakang. Tak sweetlah" luah Miju, sedikit merengek.

"Kalau macam tu, jalanlah cepat sikit." balas Tae Hyung lalu terus berjalan meninggalkan Miju. Ergh! Dengan aku punyalah sombong. Bila dengan Ailee tu baik je. Apa yang bagus sangat dengan Ailee tu sampai semua lelaki suka kat dia?

Miju berlari anak mengejar Tae Hyung yang sudah meninggalkannya di belakang. 

Sebaik tiba di hadapan hotel, Miju terus menahan Tae Hyung daripada terus masuk. "Kita jalan sikit lagi, boleh? Kita tengok diaorang main game kat bawah. Boleh?" 

Tae Hyung mengeluh. Tetapi untuk tak lukakan hati Miju, dia hanya mengikut. Miju memaut lengan Tae Hyung sepanjang berjalan. 

"Pemenang game pertama dimenangi oleh kumpulan Ailee." kata Ray penuh semangat. Ramai yang bersorak mendengarnya. Kitaorang bersalaman dengan pasukan lawan sebelum keluar gelanggang. "Oklah, korang. Aku pergi air untuk korang." kataku masih lagi tercungap-cungap, penat. 

"Aku nak jus oren tau." kata Shi Yoon lalu mengenyitkan mata kepadaku. 

"Aku pulak nak air mineral biasa je." kata Yoon Hye.

"Hish, minah ni. Taulah nak jaga badan. Ye pun, mintalah air manis juga sekali sekala. Badan kita pun perlukan gula juga tau." ketawa aku dengar si Young Jae ni membebellah. "Suka hati akulah. Yang kau sibuk apasal?" marah Yoon Hye.

"Dahlah korang ni. Kau nak air apa Young Jae?" Young Jae terus memaut bahuku lalu berbisik "Chocolate Ice." terus aku pandang si Young Jae. Yang kau nak bisik-bisik, kenapa? Cakaplah jelah macam biasa. Tak pahamlah aku. Haih!

"Arasso. Korang tunggu kejap. Aku pergi beli jap." balasku. "Nak ikut." rengek Luhan, manja. Ketawa aku dibuatnyalah si Luhan ni. Aku mengusap kepalanya lembut. "Arasso. Kahja." balasku lembut.

*
"Young Jae minta air apa sampai bisik-bisik bagai tadi?" tanya Luhan.

"Chocolate Ice je." Hah! Ambil kau! Si Luhan  ni pun boleh ketawa sakan. Apatah lagi aku yang dengar mula-mula tadi."Choc ice? Dah tu asal sampai nak berbisik?" Hah! Rasa macam nak pecah perut tak gelak macam tu? Geram pula aku.

Terus aku paut leher dia and.... Hah! Ambil kau. Kena sekel dengan aku. Padan muka kau! Siapa suruh gelakkan aku?

"Woi, sakitlah." jerit Luhan sambil cuba untuk melepaskan diri. Aku peduli apa. Hah, gelaklah lagi.

Terhenti langkah aku bila Tae Hyung dan Miju sedang berdiri di hadapan aku. Perlahan-lahan Luhan mendongak. Dia juga terkejut melihat orang yang berada di hadapannya kini. Aku terus melepaskan Luhan lalu cuba tersenyum.

"Korang dari mana? Asal tak nampak dari semalam? Budak-budak ni semua ingatkan kau balik Seoul tau tak." Aku cuba menahan sebak bila nampak pautan lengan tersebut. 

"Ada je kat bilik. Saje nak rehat. Malas nak keluar. Penat" balas Tae Hyung sambil memandang tajam ke arah Luhan. Luhan yang masih membetulkan rambutnya tak sedar pun tindakan Tae Hyung tu.

"Ah~ Oklah kalau macam. Esok pagi jangan lambat tau. Siap kau kalau lambat. Aku gegar bilik kau nanti. Oklah, aku gerak dulu. Bye." kataku lalu menepuk bahunya. Aku terus berlalu dari situ. Luhan terus mengejarku walaupun sikit pun dia tak faham dengan situasi tadi.

Dalam hatinya timbul pelbagai persoalan tentang hubungan antara Tae Hyung dengan budak perempuan tadi. Dan kenapa Ailee menggeletar time senyum tadi?

"Kau jangan tanya siapa budak perempuan tu." warningku seolah-olah tahu apa yang ada dalam fikiran Luhan tu.

Luhan memandangku penuh sayu. "Iyah. Jomlah pergi beli air cepat. Aku dah haus gila dah ni." Luhan terus menarik tanganku sambil tersenyum.
*
"Wah!!! Cantiknya pantai kat sini." jerit Hong Ki. Masing-masing mendepakan tangan. Konon-konon feel sangatlah tu.

Dush! "Pergh! Siapa pula yang baling bola kat aku ni?!" geram je bunyi Min Hwan. "Sorry. Boleh tak tolong passkan bola tu kat kitaorang?" Jerit Rome sambil melambai-lambaikan tangannya.

"Dia ingat kita ni tukang kutip bola ke, hah?" Marah Jong Hoon. Geram betul dia bila orang buat member dia macam tu. Pastu senang-senang je minta passkan bola. Kau ingat kitaorang ni apa, hah?

Cepat-cepat Jong Hoon merampas bola tu dari Min Hwan dan terus ke arah Rome. Hong Ki dan Min Hwan saling berpandangan. Mereka seperti tahu apa yang Jong Hoon nak buat. Cepat-cepat diaorang kejar supaya situasi tak jadi lebih teruk.

Tapi belum sempat diaorang tahan, Jong Hoon dah bertindak dulu.

"Nak bola korang, kan? Nah, ambil ni." Jong Hoon membaling bola tu tepat-tepat kena perut Rome. Semua pelajar yang ada kat situ mula berkumpul. Tak puas hati. Nampak gaya macam nak gaduh je diaorang ni.

"Woi. Kau buat apa ni hah? Kalau something jadi kat dia macam mana?" marah Ray sambil mencekik kolar baju Jong Hoon.

"Yang korang baling kat member aku takpe pula?" balas Jong Hoon, menepis tangan Ray. "Jong Hoon, dahlah tu." pujuk Hong Ki.

Dush! Hah, ambil kau. Kena penumbuk sekali. Padan muka. Disebabkan Ray menumbuk muka si Jong Hoon tu, semua kawan-kawannya turut bertumbuk dengan yang lain.

"Ailee. Ailee." panggil Alice sambil berlari ke arahku. "Wae? Wae-yo?" pelik aku tengok dia tercungap-cungap macam tu. Macam nak laporkan perang akan tercetus je.

"Ada... ada..." tercungap-cungap dia nak bagitahu. Aku memandang Luhan seketika. Luhan hanya mampu menjongkitkan bahu tanda tak faham juga.

"Haish! Ikut akulah." Alice terus menarik tangan aku. Luhan hanya mengikut dari belakang. Terkejut aku tengok ada orang tengah bergaduh kat depan gelanggang kitaorang main bola tadi.

"Iyah! Iyah! Stop! Stop!" jeritku, cuba untuk meleraikan pergaduhan tu.

"Korang ni kenapa, hah?"marahku sebaik masing-masing berhenti bertumbuk."Diaorang ni baling bola kat perut Rome. Mana tak kitaorang bengang" ngadu Hansol. Aku memandang orang yang dimaksudkan tu.

"Nugu.... seyo?" tanyaku pada mamat depan aku ni. Sempat lagi mamat ni ketawa. Lawak sangat ke soalan aku tu sampaikan kawan-kawan dia pun ikut gelak? Eh, kejap. Ni lencana sekolah........

"Kitaorang dari Kirin Boy High. Minta maaf atas apa yang berlaku." kata seorang lelaki yang tiba-tiba datang bersama seorang lagi rakannya dan terus tunduk kepadaku.

Terkejut aku tengok lelaki ni sebaik dia mengangkat mukanya. "Jae Jin-ah??? Kau Lee Jae Jin, kan?"

"Ailee?" ternyata dia juga terkejut tengok aku.

"Hmm.. Drama apa pula sekarang ni?" sindir Jae Hoon sambil ketawa mengejek.

"Woi. lama tak dengar cerita. Kau apa khabar?" tanyaku, terus terlupa dengan apa yang tengah berlaku sekarang ni. Jae Jin terus memelukku erat.

Sempat lagi tu kitaorang berdrama sekejap kat situ. Padahal situasi tengah tegang tu.Yang lain pandang pelik je kat kitaorang.

"Woi. Nak bercinta tu kejap-kejap lagilah. Settlekan hal ni dulu." marah Zico. Cepat-cepat kitaorang leraikan pelukan tu.

"Ah~ Ah~ Mianhae. Sorry sangat dengan apa yang dah berlaku. Kira kosong-kosonglah ye. Hope lepas ni dah tak terjadi perkara macam ni lagi. Aracchi? " kataku, kembali menjadi tegas.

"Ceit! Apa-apa jelah." balas Jae Hoon. Diaorang semua bersurai termasuklah Jae Jin. Luhan menarikku untuk bersurai sekali.

No comments:

Post a Comment