Bab 1

"Nuna, jage nuna kite tau kat sane nanti." Pesan Bam Bam.
"Alright" Balas Nana dan Jiyeon penuh semangat sambil menunjukkan thumbs up padanya.
"Seo Joon and JB hyung pon tau." Risau betul dia dengan aku. Haih adik aku ni pon. Bukannya lama pon aku pergi. Dua minggu je pon. Lagipun macam tak biasa je aku pergi vacation sekolah ni. Setiap tahun pergi, takkan nak risaukan aku lagi kot.
"Don't worrylah. Kitaorang akan jaga dia betul-betul." Balas Seo Joon sambil mengusap kepala Bam Bam.
"Ye. Kalau ade orang kacau dia, kitaorang belasah dia cukup-cukup." Sambung JB pula sambil mengepal-kepal penumbuknya. Tergelak aku dengan diaorang nilah. Macamlah aku ni budak-budak lagi. Tak ada maknanyalah.
"Oklah, semua pelajar Seoul High School. Sila berkumpul di hadapan pintu masuk balai perlepasan sekarang."
"Oklah, dik. Nuna kena pergi dulu ni. Nanti kalau nuna ade free time kat sana, nuna call adik eh?" Kataku lalu memeluk Bam Bam erat lalu mengucup lembut pipinya. Bam Bam mengucup dahiku pula. Nana, Jiyeon, Seo Joon dan JB tinggalkan aku bersama Bam Bam.
"Nuna hati-hati tau kat sana. Kalau ade pape, terus call adik tau." Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku melambai-lambaikan tangan sebelum pergi meninggalkan adikku.
                                                                           *
"Ok. Biar saya terangkan serba sedikit pasal tentatif untuk hari ni. Lepas ni you all terus masuk bilik and rehat. Kalau korang nak keluar ambil angin laut pon boleh. Saya tak kisah. Yang penting korang kena kumpul kat cafe tepat  pukul 6 nanti utntuk makan malam and aktiviti kita. Arachi?"  Terang Siwon-ssi.
"Ye." jawab pelajar-pelajar lawatan itu serentak.
"Baiklah. Biar saya bacakan nama-nama yang bakal tinggal sebilik. Saya tak nak ade yang tukar senyap-senyap. Once saya dapat tahu, saya akan tolakkan markah final exam awak nanti." Seorang demi seorang nama disebut. Ramai yang dapat sebilik bersama rakan baik mereka seperti Nana dan Jiyeon yang dapat sebilik bersama. Begitu juga JB dan Seo Joon.
"Next, Hyuna dan Ailee di bilik 1408." Aku dan Hyuna pantas bangun lalu mengambil kunci daripada Gina-ssi.
"Kamsahabnida." Ucap kami serentak lalu terus mengambil barang-barang kami.
"Wei, ko bilik mana?" Tanya Nana lalu menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya.
"1408." Jawabku sambil menikmati makanan di hadapanku.
"La. Sama level dengan kitaoranglah ni? Hmm. Senanglah nak pau makanan kat kau." Seronok betul si JB ni menyakat aku. Aku pula buat don't know je. Malas aku nak layan si JB dengan si Seo Joon ni.
"Siapa roommate kau, wei?" Agak-agak ape reaksi diaorang kalau aku bagitau si Hyuna tu roommate aku, eh? Hahaha. Aku rasa aku dah boleh agak ape reaksi diaorang ni.
"Hyuna" Tersedak masing-masing dengar jawapan aku. Aku pula buat muka selamber je.
"Kau biar betul?" Kan aku dah cakap, diaorang mesti tak percaya punyalah. Siapa yang nak percaya aku sebilik dengan budak yang paling aku anti tu? Hahaha. Aku hanya mengangguk tanpa tengok pun riak wajah diaorang.
"Pergh! Seksalah hidup kau lepas ni. Menghadap budak gedik tu dua minggu ni." Eh, Nana ni. Aku rileks je. Dia pula yang over. JB dan Seo Joon bangun untuk mengambil air di sudut cafe. Agaknye diaorang malas nak dengar kitaorang bergosiplah kot. 
"Korang, Hyuna tu ok jelah. Dia taklah cerewet macam yang kita sangka selama ni." Kataku lalu meletakkan garfu dan pisau di sisi pingganku. Masing-masing tercengang dengar aku cakap macam tu. Jiyeon meletakkan tangannya di dahiku.
"Kau dah kenapa? Kena sampuk eh? Sejak bila kau pandai back-up dia ni?" Tanye Jiyeon tak percaya.
"Aniyo. Memanglah aku baru je beberapa jam duduk dengan dia. Tapi dia sikit pun tak merengek bila aku campak barang-barang aku atas katil aku. Dia tolong kemaskan lagi adalah." Terangku.
"Suka hati kaulah, Ailee. Jangan sebab dia, kau pun kena pulau gak nanti dahlah." Pesan Nana.
"Arasso." balasku.
"Oh ya. Ailee, kau dah call Bambam belum?" Tanya Seo Joon yang baru je duduk.
"Belum. Sebab tadikan sibuk kemas barang. Thanks sebab ingatkan aku." Aku terus bangun lalu mendail nombor telefon adikku.
"Yobeuseyo." Manja je suara adikku menjawab panggilanku.
"Gwenchana?" Tanyaku mesra.
"Nuna, I miss you. Esok adik gi Jeju Island tau." Bunyi serak menahan tangis jelas kedengaran.
"Ok. Hati-hati tau kat sana. Kalau ade pape, terus call nuna. "
"Arasso. Oklah, nuna. Nak packing barang dah ni. Nuna jage diri tau kat sana. Jangan naughty-naughty tau." Ketawa kecil aku dibuatnya.
"Arasso. Oklah. Bye-bye. Take care, Sayang." Air mata aku mengalir deras sebaik panggilan dimatikan.
"Gwenchana?" Sapa Seo Joon. Terkejut aku dibuatnya.
"Hmm."aku hanya mengangguk sambil tersenyum tawar. Seo Joon memelukku erat sambil mengusap lembut kepalaku.
"Seo Joon-ah." panggilku perlahan. Aku mendongakkan sedikit kepalaku menghadap mukanya. Perlahan-lahan aku menolaknya.
"Kamsahabnida. Aku dah ok sekarang. Tapi lepas ni kau janganlah peluk aku lagi. Kau dah ade Nana. Aku taknak nanti Hyorin misunderstanding plak.
“Mianhae." Aku terus tinggalkan Seo Joon sendirian. Lebih baik begitu daripada timbul salah faham pula nanti. Kitaorang bukan budak-budak lagi yang boleh peluk sesuka hati. Lagipula dia dah ade girlfriend. So, dia patut jage tingkah laku dia supaya takde perselisihan faham yang berlaku nanti.
                                                                                   *
"Ok, guys. Senarai nama kumpulan dah ditampal kat pintu masuk cafe. Sila semak, ya. Kita akan mulakan aktiviti pertama kita tepat jam 8 malam ni." Berpusu-pusu budak-budak ni pergi tengok nama diaorang.
"Ailee, kau satu group dengan Tae Hyung. Group 12." Kata Ji Yeon sambil menghulurkan  segelas jus tembikai kepadaku.
"Haih, kau ni Ailee. Malang betul nasib kau tahun ni ya. Dapat sebilik dengan Hyuna tulah. Sekarang ni, satu group dengan serigala tu pulaa. Haih. Kesian kau." Kata Hyorin.
"Hah, Ailee. Nak batting tak?" Semua tertumpu kat JB. Haih mamat ni. Ada je idea dialah.
"Boya?" tanyaku.
"Memandangkan kau tak de pakwe sekarang ni, aku nak kau try pikat si Tae Hyung tu dalam masa dua minggu ni. Pastu, kau try couple dengan dia selama tiga bulan. Ok?" Tersedak aku dibuatnya.
"Bo? aish~ Tak naklah aku."
"Takut ke?" Saje je si Hyorin dengan Jiyeon menghasut aku sekali.
"Arasso." Aku pasrah dan hanya terima cabaran tu. Seronok korang eh kenakan aku. Nanti korang. Kalau aku betul-betul dapat couple dengan Tae Hyung tu, tahulah korang aku kenakan korang balik.
"Oh, ya. Syaratnya kau tak boleh cintakan dia langsung. Dan selepas tiga bulan korang couple, aku nak kau bawa dia jumpa kitaorang and bagitau dia segalanya." Tambah Seo Joon. Lagilah aku terkejut.
 "Kau dah tak boleh tarik balik batting kau tau." Kata Ji Yeon sambil tersenyum jahat. What? Batting apa macam ni? Argh!!!!
"Oh ya. Aku dengar nanti ada game-game yang best. Macam jungle tracking, sing-a-song, bola pantai, bina istana pasir, treasure hunt, night walk. Ah, macam-macamlah lagi. Aku pun dah tak ingat. Tapi seriously aku cakap, vacation kali ni memang best." Terang JB, cuba menukar topik.
"Baguslah ada JB dengan Seo Joon ni. Ada je maklumat yang dia dapat korek." Kataku sambil tersengih jahat.
"Tapi apa yang tak best, Ailee sorang je yang tak sama group dengan kita. Cikgu tu saja je nak pisahkan kita tau." Luah Jiyeon sambil memaut lenganku.
"Haah. Dahlah dia je yang terpisah bilik dengan kita. Terpisah group plak tu. Rasanya cikgu ni memang sengaja tak nak bagi kita bersama, kan?" Sambung Hyorin plak. Sayu hati aku dengar. Yelah. Mana taknya. Selama ni ape je aktiviti, aku, Hyorin, Jiyeon, JB dengan Seo Joon mesti satu group. Ni tiba-tiba kitaorang terpisah plak. Memanglah rasa janggal je.
"Tak pelah, korang. Maybe ade hikmah disebalik semua ni. Manalah tahu kot-kot lepas aku dengan si  Hyuna tu boleh jadi kawan plak ke. Kita manalah tau, kan?" Sindirku.
                                                                                  *
"Xi Lu Han-imnida."
"Kim Hansol-imnida."
"Kim Myung Soo-imnida."
"Kim Ki Bum-imnida."
"Kim Tae Hyung-imnida."
Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Excited betul budak-budak lelaki ni perkenalkan diri. So, budak perempuan pun kenalkan diri mula dari akulah sebab aku yang duduk sebelah Tae Hyung.
"Amy Lee-imnida."
"Im Yoon Ah-imnida."
"Song Joo Hee-imnida. Tapi panggil saya, Alice."
"Victoria Song-imnida."
"Bae Soo Ji-imnida. Call me, Suzy."
Lepas sorang-sorang kenalkan diri, kitaorang mula bercerita tentang diri kitaorang. Dah nama pun ice breaking, kan? Time untuk berkenal-kenalanlah, kan? So, macam-macam kitaorang cerita. Ada yang cerita kenangan pahit diaorang time sekolah menengah rendah diaorang dulu. Ada yang bercerita pengalaman first time couplelah. Macam-macam lagilah. Group kitaorang mula menjadi meriah dengan gelak tawa dan sesi sakat menyakat.
"Eh, chop. Siapa ketua group kite?" Tanya Hansol membuatkan yang lain mula memikirkannya.
"Apa kata Tae Hyung dengan Ailee?" Cadang Luhan.
"Eh?" Terkejut aku bila diaorang cadangkan nama aku jadi ketua.
"Kau ok tak Tae Hyung?" Tanya Myung Soo. Tae Hyung hanya mengangguk.       
"Suka hati koranglah. Aku ok je." Dah Tae Hyung kata ok, aku pun setuju jelah.

"So, jom kita enjoy puas-puas sepanjang vacation ni, ok?" semangat betul aku. Diaorang semua bersorak riang. Nampaknya keseronokan vacation kali ni baru je bermula. Yosh! Tak sabar rasanya nak mulakan aktiviti esok.

No comments:

Post a Comment